Sunday, September 25, 2022

Work From Home Mom

 Pada permulaan aku mewujudkan blog ni memang niat aku nak menjadi "work from home mom".

Masa tu aku baru pregnant anak pertama, 7 tahun yang lepas. Masa tu memang aku nekad je berhenti kerja dan start apa-apa bisnes untuk merealisasikan impiam aku untuk menjaga anak aku sendiri. Dengan tiada apa-apa simpanan. Yang lagi best, anak aku lahir je, husband aku pon berhenti kerja juga! haha



Memang kerja gila kitorang buat. Macam aku kata kitorang memang tiada persediaan untuk berhenti kerja. Pendapatan kami masatu sangat tidak menentu sebab aku hanyalah dropship perfume original reject masatu. Family kami memang marah sangat-sangatlah. Baru dapat anak, dua-dua berhenti kerja. Tapi kami memang nekad je untuk berniaga.

Setelah anak aku berumur 6 bulan, aku berjaya dilantik sebagai stokis perfume De'Xandra. Sejak itu hidup kami mula berubah. Alhamdulillah..

Kini setelah 7 tahun, aku telah dilucutkan jawatan sebagai stokis De'Xandra kerana aku sudah tidak memberikan komitmen. Dunia bisnes online aku tiba-tiba berubah apabila sekarang marketing menggunakan video terutama platform TikTok menjadi pilihan. 

Aku bukan hendak menjadikan ini sebagai alasan, tetapi aku memang ada masalah 'camera shy'. Aku dah cuba banyak kali untuk konsisten buat video dan lain-lain tetapi aku tak berjaya untuk istiqomah. Aku lebih gemar menaip seperti sekarang. Bercakap dalam hati dan terjemahkan kepada penulisan.

So, here I am. Kembali semula menjenguk blog ini. InsyaAllah aku akan terus kongsikan kisah aku di sini. Mungkin bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri aku sendiri. 

Untuk anda yang sedang membaca, sekiranya anda sedang mengalami kesukaran hidup sekarang, ketahuilah kita ssenasib. hehe. Teruskan bergantung kepada Allah. Yakin bahawa Allah tidak zalim. Semuanya berlaku pasti ada hikmah!

Assalamualaikum.

Azwa Azmie

No comments:

Post a Comment